Selasa, 26 Jun 2012

Projek Tanam Getah

Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
                                 (Hadith Riwayat Abu Daud)
kebun getah projek pertama tanam tahun 2004 melalui RISDA




kebun getah 2004- 2011



Pendapatan  projek pertama kebun  getah  pada tahun 2012
Torehan lebih kurang 270 pokok selama 2 jam sehari  dengan pendapatan RM 10,444.00 setahun (purata bulanan RM 870.00),  pendapatan bulanan secara detail seperti dalam  rajah graf  di bawah.  Pendapatan ini dipengaruhi oleh musim meluruh pada bulan  Mac dan musim hujan bulan Nov dan Dis serta kenaikan/ kejatuhan harga getah di pasaran.

Statistik pendapatan getah 2012
Pendapatan Hasil Getah 2013

Projek Kedua 2012
Saya mengambil keputusan menanam semula kebun getah tua projek kedua sebelah kebun saya tahun 2012.  Untuk membersihkan tapak kebun tersebut saya telah mengupah excavator mencuci kawasan dan membuat teres. Kelebihan excavator ia dapat mencabut pokok getah tua sehingga ke akarnya dan menyusun batang/ranting pokok untuk dibakar dapat dijadikan baja kepada anak getah.


Kerja membersih tapak kebun  Jan 2012

Kerja membakar  Mac 2012
Membakar
Untuk membakar kita memerlukan masa selama 45 hari selepas kawasan dibersihkan atau mengikut petua orang tua kita perlu menunggu kulit pokok yang ditebang terkopek atau tanggal daripada batang teres. 
Peralatan membakar sebaiknya kita gunakan getah  tiub motor yang sudah tidak digunakan lagi bersama minyak diesel untuk menyemarakkan api.

Pagar Elektrik
Untuk menghalang dari masuh tanaman saya telah membeli pagar elekterik dengan kos seperti berikut :
         Patriot RM 500.00.
       Solar RM 700.00
         Beteri  RM 170.00 
            Kabel 150 X 3 =  RM 450.00 penyukat volt RM 120
            Pancang PVC 100 batang = RM 200.00
      Box beteri, rumah solar RM 270.00  dan Solar controller RM 195.00



Litar ringkas pagar elekrrik 

Beteri dan pengecas Patriot RM 500.00
f.                 
     Beberapa fungsi dari solar charge controller adalah (a).Mengatur arus untuk pengisian ke bateri, menghindari over charging dan over voltage, (b).Mengartur arus yang dibebaskan/diambil dari bateri agar bateri tidakfull discharge, dan overloading dan (c).Monitoring temperatur bateri.
alat untuk mengukur voltan pada kebel  pagar elektrik, 5000V  adalah terbaik Harga RM 120.00
"sesiapa yang mahukan peralatan tersebut saya boleh tolong poskan hanya tambah RM 10 untuk pos laju harga seperti di paparkan duit masukan melalui Maybank 156114151358 atas nama Zulkarnain atau  Tel/SMS. 0126030804 atau email :  riah771yahoo.com.my...."  


jangan sesekali membuat sambungan terus arus elektrik AC dari rumah ke kebel pagar elektrik kerana boleh membawa maut kepada sesiapa yang menyentuhnya. Sinar Harian


Cuba perhatikan video di atas bagaimana musuh tanaman terkena kejutan pagar elektrik yang  telah dipasang dengan sempurna tanpa membunuh atau mencederakannya.
suis pagar elektrik
Dengan mengunakan sistem solar tersebut sambil menoreh dan membuat kerja-kerja kebun boleh juga saya mendengar celoteh DJ radio Pahang FM. 

radio kereta  mengunakan arus elektrik DC 12V

speaker paling cangih

Klon
Setelah berbincang dengan kawan-kawan mereka mencadang saya mebeli klon PB 350 yang merupakan klpn yang digunakan di estet-estet di Malaysia berbanding dengan klon KT, RRI yang belum tentu sesuai ditanam di tapak kebun kita. Harga yang ditawar kepada saya dengan klon tersebut adalah RM 6.00 sepokok. Saya  terpaksa membeli sebanyak 447 pokok dengan keluasan 2 ekar.

Klon PB 350,PB 315 dan 600 bersama pagar elektrik


Jarak Tanaman



















Membuat Jarak Tanaman
Dengan mengunakan tali panjang yang telah ditanda mengikut ukuran yang dicadangkan saya mengambil keputusan membuat ukuran 9 kaki jarak,  muka 18 kaki yang mana tidak mengikut jarak disebelah.  


Kerja penanaman
Saya mula menanam pada 12 Mei 2012 dengan menanam sebanyak 16 pokok satu hari, itu pun selepas atau sebelum menoreh.  Jika ada masa terluang diwaktu petang saya meneruskan kerja tersebut.  Tidak sampai sebulan kerja menanam berjaya disiapkan. Pada hari ini upah menanam getah RM 2.00 sepokok jika 447 kita memerlukan RM 894.00. 

Cabaran semasa menanam
Bila hujan tidak turun saya terpaksa kita menyiram anak pokok getah jika tidak ia akan menjadi kering berkemungkinan anak pokok akan mati.

Kerbau, lembu, monyet dan babi hutan yang akan merosakan tanaman jika ia berjaya masuk ke dalam tapak tanaman. Untuk mengelakan terpaksa kita menguna pagar elektrik yang sememangnya berfungsi untuk mengejutkan musuh tanaman tersebut. 

musuh tanaman yang menjadi ancaman kepada kita


Ancaman anai-anai yang boleh menjadikan anak pokok getah terbantut berkemungkinan pokok akan mati. Daripada pengalaman orang tua biasanya ia menyiram ke tanah racun anai-anai atau menabur furadan. 
Penanam Getah vs Babi Hutan
Cara menghalau monyet


sudah 3 bulan mula makan baja  Julai 2012
9 bulan bersama kekacang tutup bumi Jan 2013
11 bulan baru tabur baja 15:15:15  Mac 2013



1 tahun 1 bulan (13 bulan) 2013
1 Tahun 9  bulan  (21 bulan) 2013


2 tahun 9 bulan(33 bulan) 2014


3 tahun 6 bulan (42 bulan) 2015

4 tahun  (48 bulan) 2016

5 Tahun (60 bulan)   Mei 2017
Ukur lilit melebihi 45 cm boleh mula buka penel torehan  pada 21 Mei 2017
Pendapatan pertama 65 kg, menoreh selama 1 jam 100 pokok yang terpilih shj, selama 15 hari, harga 1 Julai 2017 RM 2.40 sekilo bersamaan RM 156.00


Susu Getah

Hari ni 30 Sept 2017 jual getah 8 hari menoreh dapat 90 kg bersamaan RM 2.30 x 90 kg = RM 207

Dengan 150 pokok getah yg ditoreh mengambil masa 1 jam 20 minit.  Pada 21 Okt 2017 jual getah 8 hari 104 kg bersamaan RM 2.30 x 104 kg =  RM 239
.


Tanaman Sampingan.
Sementara  menunggu pokok getah membesar saya menanam sedikit cili api dan tebu di celah-celah anak getah tersebut.
pokok Roselle


tebu telur


cili api

ubi torak

pokok labu

Pada 16 Jun 2013 (Ahad) lepas saya kutip cili api sebanyak 5 kilo, 1 kilo bersamaan dengan 600 biji bermakna saya kutip 3000 biji, banyaknya..!!!! pasaran tak menjadi masalah jual murah-murah 1 pot RM 1 pasti org berebut membeli.
5 kilo bersamaan dengan 3000 biji
Pada 28 Julai 2013 cili yang cantik bertukar menjadi hitam bertompok saya mengambil keputusan menanyakan  masalah tersebut kepada group penanam cili di facebook. Mereka mencadangkan kepada saya agar menyembur racun kulat 'mancozeb' jika tidak satu kebun akan musnah. Pada 31 Julai 2013 saya membeli racun tersebut di kedai Peladang dan terus menyembur kesemua pokok cili moga-moga ianya berjaya.
'antraknos'
racun kulat 'mancozeb'
Racun merbahaya kepada penguna, sebelum mengunakan pastikan membaca pada lebel dan adakan langkah-langkah keselamatan. Kelas Racun Perosak

Jus dan jem Rozel 
Buat sendiri tanpa bahan pengawet, rasa beza dan lebih sedap dari pati yang dijual di Kedai atau supermarket. Rasa seakan-akan air ribena.....Khasiat Rozel


Jem dan Jus Rozel yang dibuat sendiri
Timun tahun harga pasaran RM 5.00 sekilogram


kelapa Mataq RM 25 sepokok
Dengan mengunakan pagar elektrik kebun getah tersebut saya dapat juga menanam tanaman sampingan seperti timun tahun, timun kampung dan bayam. 


Oleh kerana ramai sahabat-sahabat yang bertanya kos pemasangan pagar elektrik saya berikan 'costing' seperti berikut barang boleh beli sendiri atau sebaliknya.


Bil
Perkara
‘Quantity’
Harga


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9

3 ekar= 435.6 meter
Kabel
Tiang PVC
Patriot Energizer P10
Beteri Kereta 12 V
Box Beteri,rumah solar.Suis
Solar Panel
Solar Controller
Pengukur Voltan
Upah


RM 150 X 4
160 batang  X RM 2
1
1
1
1
1
1
160 Batang X RM 5


RM 600.00
RM 320.00
RM 500.00
RM 180.00
RM300.00
RM500.00
RM195.00
RM 120.00
RM 800.00


Jumlah

RM 3,515.00

Kesimpulan
Sesiapa yang mempunyai pengalaman, petua  menanam getah atau berkebun boleh berkongsi pendapat dan komen di ruang komen dalam blog ini. 

Tanam Getah

23 ulasan:

langville.blogspot.com berkata...

Aslm Sdr. Zaini, saya Rahimi Jaafar orang Kuala Atok skrg menetap di Cheras. Ingin tahu lebih lanjut fasal tanam getah ni dari saudara boleh ke? Lebun getah saya di kAtok tidak diurus dgn betul sbb jarang balik kg. Wslm.

zaini berkata...

"panjang kalau nak bercerita pasal ni...sy pun baru habis tanam.."

ashril berkata...

salam en. zaini..
saya ashril ingin menawarkan baja kepada en. dan pada sesiapa yang singgah ke blog en.zaini..

saya rasa en.zaini tahu dan kenal baja nie.. VITEX.. saya ade membekal baja VITEX keseluruh malaysia dan jikalau sesiapa berminat mendapatkan nya boleh email kepada saya di adz_3@hotmail.com atau hubungi saya di talian 013-242 8543 (ashril).. sekian terima kasih..

zoohir berkata...

As salam En. Zaini.
Saya dalam proses utk tanam semula getah di Dong, Raub.
Boleh saya tahu, dimana saudara membeli klon anak pokok getah?

Saya bercadang utk tanam klon RRIM600.

zaini berkata...

Kalau saudara nak beli benih yg baik di RRIM Sungai Buloh Harga RM 5.00 utk semua jenis klon kenderaan sendiri tel no 0126661655-KRISNA. Di Benta ada harga mahal sedikit klon dari Johor. Pengalaman tanam getah ni musuh utama babi hutan boleh di atasi dengan pagar eletrik, monyet atau kera payah sikit sebab binatang ni boleh masuk juga biasanya patahkan hujung anak benih.."

Mohd Zulkifli Shafie berkata...

Saya tengah survey projek penanaman getah untuk investment. Menarik perkongsian tuan tentang penanaman getah ni. Siap macam kronologi lagi.

Terima kasih Tuan Zaini.

Sharifuddin Abdul kudus berkata...

Terimakasih. Banyak info yang saya dapat dari blog ini. Saya sedang merancang untuk menanam Sawit di tanah seluas 8 ekar di Kawasan berhampiran Kechau 1. Tanah tersebut terdapat getah tua dalam usia 25 tahun. Ada beberapa kesulitan kerana kurang mahir. Masalah utama :
1. Dimana saya boleh dapatkan orang yang boleh menebang, membeli kayu getah dan seterus membersihkan tanah dengan harga terbaik.
2. Untuk menyedia pagar, peralatan pagar elektik 8 ekar keluasan tanah berapa anggarannya?
3. Benih terbaik Sawit & dan dimana boleh diperolehi dgn harga terbaik?
Sekiranya saudara sudi membantu sila hubungi saya di 0133888241.

Nan Zul berkata...

"8 ekar ni luas kena 100 peratus pemantauan, kalau tanah ada geran boleh terus buat tanamsemula melalui RISDA..." lihat blog tersebut
http://www.usahawantani.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=6

Nan Zul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nan Zul berkata...

"untuk tanam sawit 1 ekar memerlukan RM 550.00 untuk 55 anak benih, RM 900 ke RM 1,100 untuk 'excavator' upah menanam, Loader, buat teres dan lain lebih kurang RM 2,000. Kos ini tidak termasuk pagar elektrik dan baja..."

Tanpa Nama berkata...

salam, benih apa yang terbaik dikalangan klon getah.

Nan Zul berkata...

Klon KT atau Klon 1 Malaysia

Nur berkata...

Assalamualaikum en.zaini,kalau boeh dapatkn no.telefon atau email untuk berbincang mengenai proses tanaman semula getah atau menjaga pokok yg sedia ada..terima kasih

Hasmi Azizam berkata...

assalamualaikum en.zaini,

info yg sangat berguna. bercadang hendak memulakan penanaman getah keluasan 3 ekar. info ini sangat berguna kepada saya yang masih mentah dalam penanaman getah.

terima kasih

Abdul Rizuan berkata...

Salam..saya ada menyediakan perkhidmatan sewa bulldozer ber minat sila hubungi 019-951 8845 Bedu.

Nan Zul berkata...

seekar berapa kos sewa bulldozer...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
saya juga tinggal di kuala lipis,boleh saya tahu tuan membeli segala peralatan pagar elektrik di mana..

Nan Zul berkata...

kat Kuala Lipis peralatan tersebut ada dijual di kedai Kenong barisan Bomba lama..."

Nan Zul berkata...

kat Kuala Lipis peralatan tersebut ada dijual di kedai Kenong barisan Bomba lama..."

Ahmad Acai berkata...

Assalamualaikum Tuan... sy dari Sg Merab Bangi.. bagaimana sy boleh dapatkan pagar elektrik ini.. Masih Ada?

zulhasan berkata...

Assalamualaikum tuan...
Terimakasih byk ats info2 dn maklumat2 sgt berguna yg telah tuan kongsikan...

Shamila Mila berkata...

Hai,

Sila klik link blog kami .kami ada beberapa info penting untuk menjaga tanaman anda.
Please support us.Tq

http://blogperlindungantanaman.blogspot.my/2016/02/pengenalan-teknologi.html

Mohd Suhaimi Ibrahim berkata...

Tq dengan info telus dan jawapan telus tuan..semoga d murahkan rezeki..en jawab segala pertanyaan dengan jujur bg kamj yg baru mahu memulakan tanah ni cukupx kami ucapkan terima kasih pd Tuan..